Wednesday, September 26, 2012

KEM ICT 2012

TARIKH : 28 - 29 SEPTEMBER 2012
TEMPAT : KOMPLEKS FALAK AL KHAWARIZMI, TG BIDARA

OBJEKTIF PROGRAM :
1.  MEMBERI KEMAHIRAN MEMBAIK PILIH KOMPUTER KEPADA PELAJAR (TING 4)
2.  MEMANTAPKAN PERSEDIAAN PELAJAR UNTUK MENGHADAPI SPM BAGI SUBJEK
     ICT, KIMIA DAN MATEMATIK. (TING 5)
3.  MENJALIN KERJASAMA DENGAN KOMUNITI LUAR SEPERTI SEKOLAH YANG
     MENAWARKAN ICT.

SEKOLAH YANG MENYERTAI PROGRAM IALAH :

1.  SMK TINGGI MELAKA
2.  SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA
3.  SMK (A) SHARIFAH RODZIAH
4.  SMK (A) SULTAN MUHAMMAD
5.  SMK GHAFFAR BABA
6.  SMK SERI TANJUNG

DIHARAP PROGRAM INI TERCAPAI MATLAMATNYA DAN DAPAT MEMBERI IMPAK YANG POSITIF KEPADA PARA PESERTA.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.

Monday, April 9, 2012

Keputusan Pertandingan OpenOffice Impress

SMK Tinggi Melaka berjaya mendapat tempat ke-4 (saguhati).  Hadiah wang tunai RM 50.00 beserta sijil.
Tahniah adik, Hafizi bin Ismail - 3 Zeta.

Monday, April 2, 2012

PERTANDINGAN AKHIR OPENOFFICE IMPRESS ANJURAN MMU SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA

Tarikh : 5 April 2012
Masa  : 10.00 am
Tempat : MITC, Ayer Keroh, Melaka

Latihan dan Pertandingan Separuh Akhir telah dijalankan pada :

Tarikh : 29 Mac 2012
Masa  :  2.00 - 5.00 pm
Tempat : Makmal Komputer Fakulti Sains Komputer, MMU, Melaka.

SMK Tinggi Melaka diwakili oleh :
1. Hafizi b Ismail - 3 Zeta (Kategori Men Rendah) - telah terpilih ke Peringkat Akhir... Tahniah .
2. Khairi Hazim b Zainal Abidin - 5 Epsilon (Kategori Men Atas) 
Pelancaran Bulan Teknik & Vokasional 2012

Tarikh : 2 April 2012
Masa : 7.45 - 8.45 am
Tempat : Dewan MHS

Terima kasih kepada Tuan Pengetua Tn Hj Abd Razak Che Ngah yang telah merasmikan majlis pelancaran.

Antara aktiviti yang akan dipertandingkan oleh Unit ICT (Kategori Individu) :
1.  Membina montaj - Ting 6
2.  Multimedia (ToolBook Assistant) - Ting 5
3.  Multimedia (Cyberlink PowerDirector) - Ting 4

Hadiah Tempat 1 - RM 30.00
            Tempat 2 - RM 20.00
            Tempat 3 - RM 10.00

Pemenang turut mendapat sijil dan semua penyertaan pelajar akan diberi pemarkahan untuk koku.
Selamat Berjuang ...


Keputusan Penarafan Bintang Program Pembestarian Sekolah  SSQS 2011.

Pada tahun 2011, SMK Tinggi Melaka mengekalkan status 5 Bintang yang diperolehi 2010.
Terimakasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam kajian SSQS.
KEPUTUSAN SPM ICT 2011

Peratus lulus -100%.  Gred Purata  4.35.  Tahniah kepada semua pelajar 5 Epsilon  terutamanya kepada 3 orang pelajar yang mendapat gred A iaitu :
1.  Muhammad Zulhairi  bin Yusrani
2.  Mohd Syamirza Mohd Najib
3.  Muhammad Nurtaufik

Sunday, October 23, 2011

TAKLIMAT MAXIS EKELAS


Tarikh : 21 Oktober 2011

Masa : 9.00 - 9.40 pagi

Tempat : Makmal Komputer Bestari

Sasaran : Guru Matematik & Sains Ting 1,2 dan 3

Sesi taklimat dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Tn Pengetua Tn Hj Abd Razak bin Che Ngah. Beliau amat menyokong penuh penggunaan teknologi ICT dalam P&P dan portal elearning yang diberikan oleh Maxis kepada sekolah-sekolah terpilih iaitu 30 buah sekolah dalam Malaysia ATAU 2 buah sekolah sahaja dalam Negeri Melaka , haruslah disahut demi untuk memartabatkan profesion perguruan.



Latihan Dalaman Penggunaan Portal Maxis eKelas akan dijalankan apabila masalah teknikal

ID Login dan password diatasi oleh pihak Maxis.



Thursday, October 20, 2011

Program Maxis eKelas

Bengkel Pelaksanaan Maxis eKelas :
Tarikh : 12 hingga 14 Okt 2011 (Rabu - Jumaat)
Tempat : Hotel Peninsula, Damansara, Kuala Lumpur.

Peserta Kursus :
1. Cik Norwati bt Jaapar - wakil pengetua
2. Pn Shalina bt Ismail - wakil Penyelaras eKelas
3. En Mohd Syafiq bin Ismail - guru Matematik Men Rendah
4. En Nurulakmaludin b Jamain - guru Sains Men Rendah

Rumusan Kursus :

1. Semua guru Sains & Matematik Men Rendah perlu menggunakan Program eKelas
Maxis KPM mulai 15 Oktober 2011
(http://www.educationonline.com.my/web/portal/eklass/home)

2. Pertandingan :

a) guru - pertandingan membuat lesson note menggunakan eKelas
(jangkamasa 15 Okt hingga 15 Nov 2011)

b) pelajar - pertandingan kuiz online tingkatan 1, 2 dan tingkatan 3 (sebelum 18 Nov 2011)

Hadiah :
1. Pertandingan keseluruhan sekolah - johan RM 10000.00,
n/johan RM5000, ke 3 RM3000, ke 4 dan ke 5 RM1000.
2. Best Maxis eKelas - RM3000, RM1000, RM1000.
3. Guru - RM1000, RM700, RM500.
4. Pelajar (berpasukan) - RM1000, RM750, RM500, RM200, RM100.
5. Pelajar (individu) - RM500, RM300, RM100, 200 saguhati

Selamat Menjayakan Program Maxis eKelas.

Tuesday, October 4, 2011

KEM ICT 2011

Program Kem ICT merupakan program komuniti kebitaraan ICT SMK Tinggi Melaka akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 14-16 OKTOBER 2011
TEMPAT : KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI, TG BIDARA, MELAKA

Sekolah Jemputan :
1. SMK Tinggi Perempuan Melaka
2. SMK Infant Jesus
3. SMK St Francis
4. SMK Seri Kota

Aktiviti sepanjang program :
1. Kursus PC Assembling & Software Installation
2. Kursus Adobe Photoshop
3. Kursus Macromedia Flash
4. Ceramah Motivasi Pembelajaran & Pendedahan Kursus di UTEM
5. Kaji Bintang
6. Lawatan ke Dewan Pameran Kompleks Falak Al-Khawarizmi
7. Tayangan Video
8. Pertandingan Softball
9. Senamrobik

Monday, January 24, 2011

BRIGED ICT SEKOLAH

Briged ICT sekolah ditubuhkan dengan keahlian seramai 20 orang pelajar.

Carta Organisasi Briged ICT SMK Tinggi Melaka

Guru Penasihat : Tn Hj Mohd Han bin Hassan
Pn Shalina bt Ismail

Pengerusi : Muhammad Zulhairi bin Yusrani (5 Epsilon)
N. Pengerusi : Muhammad Raihan bin Aslam Shah (5 Epsilon)

PENARAFAN SSQS 2010

Keputusan penarafan SSQS 2010 - SMK Tinggi Melaka telah mencapai tahap 5 bintang. Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan KPM telah melantik SMK TINGGI MELAKA sebagai SEKOLAH PEMANGKIN di bawah pelan pembestarian pendidikan.
Berikut adalah sekolah kelompok di bawah SMK Tinggi Melaka :
1. SMK Seri Kota
2. SMK St Francis.

Sunday, December 5, 2010

TAKLIMAT eREKOD MENGAJAR

Taklimat eRekod Mengajar (eRM) diadakan di Bilik Profesional pada :
Tarikh : 6 Disember 2010 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi

Sekolah-sekolah Yang Dijemput :

SM SAINS MUZAFFAR SYAH
SMK(A) SHARIFAH RODZIAH
SMK(A) SULTAN MUHAMMAD
SMK MUNSHI ABDULLAH
SMK DURIAN DAUN
SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA
SMK TUN MUTAHIR
SMK TUN TUAH
SMK AIR KEROH
SMK BUKIT BARU
SMK PADANG TEMU
SMK TELOK MAS
SMK BUKIT RAMBAI
SMK SERI TANJONG
SMK KAMPUNG GELAM
SMK DATO’ DOL SAID
SBP INTEGRASI SELANDAR
SMK SELANDAR

Friday, November 12, 2010

KURSUS ADOBE PHOTOSHOP

80 orang pelajar menyertai kursus Adobe Photoshop di bawah program kluster kebitaraan ICT.

Kumpulan 1 & 2 :
Tarikh :11 November 2010
Tempat : Kolej Komuniti Masjid Tanah
Kolej Komuniti Selandar
Peserta : 4 Epsilon dan Ting 2 Delta/Gamma/Epsilon

Kumpulan 3 & 4 :
Tarikh : 15 November 2010
Tempat : sama seperti di atas
Peserta : 2 Omega dan 1 Omega/Teta/Zeta

Gunakanlah ilmu dan kemahiran yang dipelajari untuk meningkatkan kemenjadian diri sebagai pelajar SMK Tinggi Melaka.

Tuesday, November 2, 2010

KURSUS PORTAL ELEARNING

Kursus portal elearning dijalankan di bawah program kluster kebitaraan ICT bertujuan meningkatkan kemahiran ICT dan profesionalisme guru-guru SMK Tinggi Melaka.

TARIKH : 25 - 27 November 2010
SASARAN : 20 orang guru yang berminat untuk membangunkan portal pembelajaran secara
online
PENCERAMAH : Dr Sazilah & Pn Syuria (UTeM)

Terima kasih kepada guru-guru yang mendaftarkan diri untuk menyertai kursus.

Thursday, September 16, 2010

KURSUS PEMBINAAN BLOG PANITIA

PROGRAM KLUSTER KEBITARAAN ICT
Tarikh : 16 - 19 September 2010
Tempat : Hotel Pelangi, Muar
Kumpulan Sasaran : Ketua Panitia Setiap Matapelajaran

Selamat Berkursus. Terima kasih atas komitmen guru-guru terlibat

Tuesday, June 29, 2010

PUSAT AKSES eMHS

Bilik komputer dikenali sebagai eMHS merupakan fasiliti ICT terkini disediakan untuk kemudahan warga MHS. Lokasi eMHS adalah bersebelahan Makmal Biologi. Dilengkapi dengan 10 buah pc, web cam, tv card, lcd tv, earphone dan capaian Internet.
Manfaatkan kemudahan yang ada. Gunakan dengan sebaiknya kerana kemudahan yang disediakan adalah hak warga MHS yang perlu digunakan secara bermanfaat dan dijaga bersama.

KOMPUTER BARU MAKMAL KOMPUTER BESTARI

40 buah PC berspesifikasi terkini menggantikan sementara pc lama yang telah dihapuskira. Makmal telah mula dibuka semuala bermula minggu ini 28 hb Jun.
Semua pengguna LAB diminta menggunakan fasiliti baru ini dengan sebaiknya untuk membolehkan P&P berjalan lancar. Kerjasama amat diiperlukan. TQ.

Thursday, March 4, 2010

CAPAIAN INTERNET SECARA WIRELESS

Kepada semua warga MHS

Rangkaian secara wireless sekolah kini telah boleh diakses.
Berikut adalah available network beserta lokasi AP terkini yang terdapat di sekolah.

SMKTM_WAP01 - Makmal komputer bestari
SMKTM_WAP02 - Makmal komputer ting 6
SMKTM_WAP03 - Bilik akses eMHS
SMKTM_WAP04 - Bilik profesional
SMKTM_WAP05 - Bilik guru

Harap maklum.

Friday, January 1, 2010

Aplikasi ICT E-Rekod Mengajar

Para pendidik MHS akan mula menggunakan sistem E-Rekod Mengajar secara online mulai sesi persekolahan tahun 2010 untuk merekodkan aktiviti P&P sepanjang tahun. Tahniah & terima kasih kepada Tn Hj Abdul Rasid b Bakar (Guru Cemerlang) yang telah berusaha gigih membangunkan sistem ini.








Sunday, November 22, 2009

PEPERIKSAAN SPM ICT 2010

Tarikh : 29 November 2010

Kepada semua pelajar 5 Epsilon 2010 , semoga berjaya mendapat keputusan cemerlang untuk ICT. Study hard.. masih belum terlambat.