Thursday, March 4, 2010

CAPAIAN INTERNET SECARA WIRELESS

Kepada semua warga MHS

Rangkaian secara wireless sekolah kini telah boleh diakses.
Berikut adalah available network beserta lokasi AP terkini yang terdapat di sekolah.

SMKTM_WAP01 - Makmal komputer bestari
SMKTM_WAP02 - Makmal komputer ting 6
SMKTM_WAP03 - Bilik akses eMHS
SMKTM_WAP04 - Bilik profesional
SMKTM_WAP05 - Bilik guru

Harap maklum.

Friday, January 1, 2010

Aplikasi ICT E-Rekod Mengajar

Para pendidik MHS akan mula menggunakan sistem E-Rekod Mengajar secara online mulai sesi persekolahan tahun 2010 untuk merekodkan aktiviti P&P sepanjang tahun. Tahniah & terima kasih kepada Tn Hj Abdul Rasid b Bakar (Guru Cemerlang) yang telah berusaha gigih membangunkan sistem ini.








Sunday, November 22, 2009

PEPERIKSAAN SPM ICT 2010

Tarikh : 29 November 2010

Kepada semua pelajar 5 Epsilon 2010 , semoga berjaya mendapat keputusan cemerlang untuk ICT. Study hard.. masih belum terlambat.

Monday, September 7, 2009

KOMPUTER BARU (PERKOMPUTERAN)


Makmal Komputer Ting 6 Perkomputeran (TERKINI)

MHS telah menerima 40 unit PC baru di komputer di Makmal Komputer Ting 6 (Perkomputeran) , sebuah server dan sebuah pencetak laser berwarna. Dengan adanya prasarana ICT yang baru ini diharap dapat membantu dalam membudayakan penggunaan ICT di kalangan warga sekolah selaras dengan pengiktirafan sekolah kluster cemerlang "niche area"ICT.






Saturday, July 25, 2009

LAWATAN PANEL PENASIHAT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

TARIKH : 12 OKTOBER 2009 (ISNIN)


GAMBAR-GAMBAR LAWATAN :



Ketibaan Yg Bhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Bin Arshad



Sesi Bergambar & Lawatan Ke Makmal Komputer




Sesi Ucapan & Penyampaian Cenderamata

Monday, July 6, 2009

PENARAFAN TAHAP PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI SEKOLAH (SSQS)

Kaji selidik kali ke 2 akan dijalankan bermula 7hb Julai - 14 Ogos 2009.
64 responden terlibat terdiri daripada 1 Pentadbir, 1 Guru ICT, 30 guru matapelajaran terpilih dan 30 pelajar.
Semua guru dan pelajar diseru membudayakan ICT di sekolah kita.

Saturday, May 30, 2009

PROGRAM PERMATApintar


Taklimat program disampaikan pada 29 Mei 2009 kepada pelajar Ting 1-3.
Seramai 142 pelajar telah mendaftar untuk menduduki Ujian Saringan 1 (UKM1) yang boleh dijalankan secara online dari 15 April - 30 Jun 2009.

Layari laman web : http://www.permatapintar.com.my/ untuk menduduki ujian.
Semoga Berjaya... MHS Boleh !

BERITA BAIK !!

2 orang pelajar MHS terpilih memasuki Saringan Ujian 2 iaitu :

1. Muhammad Hakim b Roslan (2 Omega)

2. Muhammad Yazid b Tahir (3 Beta)

Ujian Saringan UKM2 akan diadakan pada 21 Ogos 2009 jam 3 - 5 pm di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Semoga Berjaya ...